SNEK RIA FOOD INDUSTRIES RANCANGAN PERNIAGAAN
PENDAHULUAN
Rancangan Perniagaan ini di majukan adalah bertujuan untuk memohon bantuan pembiayaan dari
pihak MARA bagi pembelian mesin pengeluaran snek ‘Prawn Fingers’ berskala besar dan
pembiayaan modal operasi.
Pusat pengeluaran bertempat di:
18-G Jln UP ½,
Ukay Perdana,
68000 Ampang Selangor.
Perjanjian sewa telah dibuat dengan pemilik kedai dan pihak syarikat bersetuju untuk masuk ke
premis baru pada 1 Mac 2008. Sebelum ini syarikat beroperasi di Jalan Air Madu, Setapak Kuala
Lumpur. Salinan perjanjian sewa dilampirkan di bahagian lampiran.
Kos projek adalah berjumlah RM 167,000. Ia meliputi kos pembelian mesin sebanyak RM 81,500, dan
modal operasi sebanyak RM 68,500. Pengusaha telah pun mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM
17,000 untuk kos pra-operasi projek. Pembiayaan sebanyak RM 150,000 diperlukan dari pihak MARA
untuk merealisasikan projek ini.
Mesin memproses ‘Prawn Fingers’ tersebut meliputi dari awal proses iaitu dari proses bancuhan
tepung sehinggalah ke proses pembungkusan. Ianya akan mengeluarkan barang siap dengan purata
pengeluaran sebanyak 1 tan sehari.
Pembelian mesin ini amat perlu untuk mencapai pengeluaran yang efektif. Sasaran pengeluaran
adalah sebanyak 1 tan sehari. Pengusaha hanya dapat mengeluarkan produk 100 kg sehari jika
menggunakan proses manual biasa. Sekiranya mesin ini digunakan, purata pengeluaran 100 kg sejam
dapat dihasilkan.
Permintaan untuk produk ‘Prawn Fingers’ ini amatlah tinggi sehinggakan Snek Ria Food Industries
tidak dapat memenuhi permintaan memandangkan proses pengeluaran sedia ada di jalankan secara
manual.
LATARBELAKANG PERNIAGAAN
Snek Ria Food Industries telah ditubuhkan pada tahun 6 Februari 2006. Aktiviti utama syarikat
syarikat ini ialah pengeluaran snek tradisional melayu dengan skala pengeluaran di tahap sederhana
iaitu 100 kg sehari. Produk utama syarikat adalah ‘Prawn Fingers’ iaitu sejenis kuih tradisional
masyarakat melayu biasanya di kenali sebagai kuih gunting. Syarikat mempunyai pasaran yang stabil
dan seringkali tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan berikutan pengeluaran yang amat
terhad.
Syarikat adalah milikan tunggal dimiliki oleh Cik Asmah Laili binti Abd Rahman. Walaupun syarikat
ini baru ditubuhkan, namun kemahiran untuk mengeluarkan produk ini datangnya dari pengusaha
sendiri yang sebelum ini menjalankan perniagaan dari rumah selama tujuh tahun.
Maklumat Am
Nama Syarikat : SNEK RIA FOOD INDUSTRIES
Jenis Milikan : Milikan Tunggal
Tarikh Didaftarkan : 06 Februari 2006
Tarikh Mula Operasi : 15 Januari 2006
No. Pendaftaran Syarikat : 001597147-M
Alamat Pejabat : 90 Jalan 82/26, Taman Sri Rampai
53300 Setapak, Kuala Lumpur
No. Telefon : 03 4142 8052
Alamat Kilang : 18-G Jln UP ½,
Ukay Perdana,
68000 Ampang, Selangor.
Jenis Industri : Makanan Ringan
Jenis Produk : Snek ‘Prawn Fingers’
LATAR BELAKANG USAHAWAN
Nama Pemilik : Asmah Laili Binti Abdul Rahman
No. K/P Baru : 670612-06-5458
Tarikh Lahir : 12 Jun 1967
Bangsa : Melayu
Jantina : Perempuan
Taraf Perkahwinan : Ibu tunggal
Warganegara : Malaysia
Taraf Pendidikan : Sekolah Menengah
Agama : Islam
Pengalaman Kerja : Pengusaha Kedai Makan - 5 tahun
Pengusaha Makanan Ringan - 7 tahun
Pekerjaan Sekarang : Usahawan Snek Makanan Ringan
Kursus Yang Dihadiri : Kursus Asas Keusahawanan – MARA
Kemahiran/Kebolehan : Pengurusan Operasi dan Pemasaran
No Telefon Bimbit : 017 316 4397
Jawatan Dalam Syarikat : Pengurus Operasi
Sumber Rujukan : Nama : Rodhiah Abdul Kudus
Pekerjaan : Akauntan
Alamat : No.13A-4, Kg. Klang Gate, K.L
No. Telefon : 012 660 9067
Tanggungan Syarikat Dengan Institusi Kewangan Masa Kini
PELAN TEKNIKAL/OPERASI
Profil Produk
Snek Ria Food Industries mempunyai beberapa produk snek iaitu
i) Snek Prawn Fingers (Produk Utama)
ii) Snek Tiram Manis
iii) Snek Muruku Kuetiaw
iv) Snek Ubi Pedas Manis
v) Snek Ubi Black Peper
vi) Snek Ubi BBQ
vii) Snek Ubi Keledek Ungu
viii) Snek Ubi Bulat Masin
ix) Snek Bawang
x) Snek Pisang Lemak Masin
Keluaran utama syarikat Snek Ria Food Industries adalah ‘Prawn Fingers’ atau lebih dikenali di
kalangan masyarakat melayu iaitu kuih gunting.
Sepanjang penglibatan pengusaha dalam pengeluaran Prawn Fingers selama 7 tahun, produk ini
telah mengalami proses evolusi dimana ianya memenuhi selera pelanggan iaitu tidak berminyak,
rangup, tiada bahan pengawet serta rasanya yang sedap.
Permintaan untuk produk Prawn Fingers ini amatlah tinggi sehinggakan Snek Ria Food Industries
tidak dapat memenuhi permintaan memandangkan ianya di jalankan secara manual.
Dari segi pembungkusan produk, ianya dibungkus mengikut berat iaitu 5kg sebungkus untuk pasaran
borong, 1kg sebungkus untuk pasaran runcit. Setiap pembungkusan dilekatkan label Snek Ria Food
Industries.
Premis Pengeluaran
Lokasi pengeluaran snek pada sebelum ini terletak di Jalan Air Madu, Setapak Kuala Kumpur.
Keluasannya adalah 20x40 kaki persegi. Premis ini 100% kegunaannya untuk memproses snek
makanan ringan. Premis ini secara amnya tidak cukup ruang untuk memasang mesin pemprosesan
lengkap ‘Prawn Fingers’.
Oleh sebab itu pihak syarikat mengambil inisiatif mencari premis baru yang luas untuk memasang
mesin berkenaan. Ianya terletak di terletak di 18-G Jln UP ½, Ukay Perdana, 68000 Ampang,
Selangor. Perjanjian sewa telah dibuat dan pihak syarikat akan mula menyewa bermula 1 Mac 2008
ini. Dengan keluasan tapak premis iaitu 20x80 kaki persegi, ianya cukup sesuai untuk pemasangan
mesin tersebut.
Premis tersebut disewa dengan kadar RM 1,900 sebulan. Kedudukan premis yang strategik iaitu
dekat dengan tempat-tempat pengedaran syarikat, begitu menjimatkan dari segi kos penghantaran
produk di sekitar Lembah Kelang khususnya.
Pelan Lokasi
Dari Cheras Lebuh Raya MRR2 Dari Batu Caves
Exit Ukay Perdana
Sering Ukay
18-G Jalan UP ½,
Ukay Perdana,
68000 Ampang, Selangor.
Zul Design Autotronic dimiliki oleh pereka terkenal negara Zulkifli Hj Haron yang seringkali
mengharumkan nama negara dengan ciptaan yang inovatif.
Latihan pengendalian mesin diberikan oleh pihak pembekal. Jika mesin mengalami kerosakan, pihak
Zul Design Autotronic sendiri akan datang ke premis untuk memberi bantuan teknikal. Dengan
rekabentuk yang mudah, mesin ini mudah diselenggara dan barang-barang ganti mudah didapati di
semua kedai. Setiap proses ditunjangi dengan motor yang berlainan. Ini bagi mengelak kos
pembaikan yang tinggi. Jika sekiranya salah satu motor rosak, ianya hanya perlu diganti dan ianya
mudah didapati di kedai-kedai alat ganti di seluruh negara.
Memandangkan mesin ini di buat oleh Zul Design Autotronic, ianya murah jika di bandingkan dengan
harga pasaran. Matlamat Zul Design Autotronic yang ingin membantu pengusaha-pengusaha
bumiputera, tidak meletakkan keuntungan sebagai matlamat utama.
Kapasiti Dan Pengeluaran
Kapasiti sekarang pengusaha hanya dapat mengeluarkan produk sebanyak 100 kg sehari. Kapasiti
pengeluaran untuk mesin baru pula dijangka dapat mengeluarkan 100 kg dalam masa satu jam.
Kesimpulannya secara purata, dalam masa sehari dengan penggunaan mesin baru, produk dapat
dikeluarkan sebanyak 1 tan sehari.
Sememangnya Snek Ria Food Industries ingin mencapai pengeluaran 1 tan sehari. Syarikat yakin
dengan keadaan pasaran yang begitu menggalakkan.
Proses Pengeluaran
Carta Aliran Pengeluaran ‘Prawn Fingers’
Kawalan Mutu
Setiap kali proses pengeluaran dilakukan, pengusaha memastikan kebersihan mesin. Mesin akan
dibasuh selepas setiap kali habis proses pengeluaran untuk hari tersebut.
Memandangkan resipi ini tidak mengunakan bahan pengawet untuk memanjangkan jangka hayat
produk, pengusaha menggunakan kaedah vakum iaitu penyedutan udara keluar daripada plastik
pembungkusan.
Plastik pembungkusan dari jenis O.P.P yang mempunyai kualiti terbaik untuk menjamin ketahanan
produk dan tidak menghilangkan aroma Prawn Fingers tersebut.
Bahan-bahan terbuang seperti minyak masak yang telah di gunapakai, ianya tidak akan dibuang
terus ke dalam longkang. Snek Ria Food Industries telah memasang alat untuk memerangkap minyak
untuk menjamin kebersihan premis pengeluaran dan disekitarnya.
PELAN PEMASARAN
Strategi pemasaran SNEK RIA FOOD INDUSTRIES adalah mengkaji dan peka terhadap segala
keperluan pemborong-pemborong di sekitar Lembah Kelang. Dalam pada masa yang sama, syarikat
turut memasarkan sendiri produk di sekitar 10 kilometer dari kawasan pengeluaran iaitu di sekitar
pasar-pasar malam.
Pasaran SNEK RIA FOOD INDUSTRIES terbahagi kepada 2 pasaran. Ianya meliputi pasaran runcit dan
borong. Pengguna utama produk ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Pendekatan yang diambil adalah seperti:
a. Jualan Runcit:
Menjual produk secara runcit di pasar-pasar malam di sekitar Kuala Lumpur.
Setiap hari produk di jual di 2 buah tapak pasar malam. Jadi dalam seminggu
pihak syarikat menjual di 14 tempat yang berasingan.
b. Jualan Borong:
Menjual secara borong di kedai-kedai sekitar Chow Kit. Pihak syarikat
sebelum ini telah mendapat tempat untuk membekal produk ‘Prawn
Fingers’ di Mydin, Jalan Masjid India. Tapi ianya telah dihentikan
memandangkan pihak syarikat tidak dapat membekalkannya secara
konsisten memandangkan pengeluaran yang terhad. Dengan adanya mesin
baru ini, pengeluaran yang konsisten dapat dikeluarkan dan boleh mendapat
tempat di Mydin.
c. Jualan Ejen
Penjualan dilakukan melalui ejen-ejen yang dilantik dengan memberi
komisen pada setiap jualan.
Pada masa lalu, pihak syarikat berkeupayaan mengeluarkan sebanyak 10 tan produk prawn fingers
pada setiap musim perayaan hari raya puasa, bagi memenuhi permintaan pelanggan. Semua ini
dikeluarkan dengan proses manual yang memenatkan. Dengan adanya mesin ini proses pengeluaran
akan dapat dikeluarkan sebanyak lapan kali ganda.
Disamping itu pihak pengurusan syarikat akan memastikan semua kakitangan memberi komitmen
sepenuhnya dalam mencapai visi dan misi syarikat. Pihak syarikat akan memberi keutamaan kepada
sikap dan keselesaan pekerja pemprosesan supaya mereka mempunyai motivasi yang tinggi dalam
menjalankan tugas.
Strategi promosi produk, di setiap premis pasar malam, satu dulang sampel produk akan dibuka
untuk pengguna mencuba dahulu sebelum membelinya. Ini akan mengukuhkan lagi kepercayaan
pelanggan bahawa produk yang dihasilkan adalah amat bermutu.
Senarai Pelanggan sedia ada dan akan datang
RANCANGAN ORGANISASI
Visi. SNEK RIA FOOD INDUSTRIES menetapkan visi dan misi iaitu:
‘Menjadi pembekal snek ‘Prawn Fingers’ yang terbesar dan terkenal di kawasan Lembah Kelang’.
Misi.
‘Memproses snek mengikut kehendak dan selera pengguna’
ORGANISASI SYARIKAT
Syarikat diterajui oleh seorang pengurus besar dan 2 pegawai dengan dibantu seramai 4 kakitangan.
Carta organisasi seperti di Rajah 1.
Nama Dan Latar Belakang Kakitangan Utama Syarikat
Nama : Berahim
Umur : 36 tahun
Kelulusan : SPM
Jawatan Dalam Syarikat : Pegawai Pemasaran
Nama : Mohd Hazil Izzuan Bin Md Rasib
Umur : 26 tahun
Kelulusan : Diploma Pemasaran UiTM
Pengalaman Kerja : Kedai Runcit – 2 tahun
Esse Management Services – 1 tahun
Jawatan Dalam Syarikat : Pengurus Pemasaran
PENYATA AKAUN TERKINI
SNEK RIA FOOD INDUSTRIES
PENYATA PENGILANGAN
PENYATA AKAUN TERKINI
SNEK RIA FOOD INDUSTRIES
PENYATA PENDAPATAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2007
PENYATA AKAUN TERKINI
SNEK RIA FOOD INDUSTRIES
PENYATA KUNCI KIRA-KIRA
PADA 31 DISEMBER 2007
PELAN KEWANGAN
Kos Projek dan Sumber Pembiayaan
Perbelanjaan Pengurusan Tahunan
Cadangan Pembayaran Balik Pinjaman
SNEK RIA FOOD INDUSTRIES
SNEK RIA FOOD INDUSTRIES
SNEK RIA FOOD INDUSTRIES
KESIMPULAN
Berdasarkan faKtor-faktor yang telah dinyatakan dalam rancangan perniagaan ini, dapat dirumuskan
bahawa perniagaan pemprosesan makan ringan ‘Prawn Fingers’ mampu memberi pulangan yang
lumayan dalam jangka masa panjang.
Keuntungan syarikat dapat dilihat meningkat secara dinamik dari masa ke semasa. Pihak SNEK RIA
FOOD INDUSTRIES amat berkeyakinan penuh pihak MARA dapat meluluskan permohonan
pembiayaan kewangan berjumlah RM 150,000 bagi menjayakan perniagaan ini
SNEK RIA FOOD INDUSTRIES RANCANGAN PERNIAGAAN
* disediakan oleh : WAN NORSYAMIMI WAN MUDA
dipetik dari : http://janacash.com
* disediakan oleh : WAN NORSYAMIMI WAN MUDA
dipetik dari : http://janacash.com