Noraini Enterprise Sdn. Bhd.
Profil Syarikat
Pengasas
Noraini Ahmad
Jenis Bisnes
Manufacturer
Produk/ Perkhidmatan
High quality butter cookies using Malaysian homemade
recipe
Alamat
1 Jalan Suria S U5/S, Taman Pinggiran Subang, Selangor
Pekerja
51-100 people
Tahun ditubuhkan
2004
Pemilik Syarikat
Hezir Effez Norsham
Pasaran
North America, South America, Western Europe, Eastern
Europe,
Eastern Asia, Southeast Asia, Mid East, Africa, Oceania
Pendapatan
US$1 Million
Corporate Info
|
Shareholders
|
:
|
Mdm Hajah. Noraini Binti Ahmad
|
|
:
|
Dr. Helmee Effendee Norsham, MD
|
|
:
|
Mr. Hezir Effez Norsham
|
|
:
|
Mr. Hezlee Ezha Norsham
|
|
|
|
Board Of Directors
|
:
|
Mdm Hajah. Noraini Binti Ahmad
|
|
:
|
Dr. Helmee Effendee Norsham, MD
|
|
:
|
Mr. Hezlee Ezha Norsham
|
|
|
|
HQ Address
|
:
|
Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd
No 21, 23, 25, 27 Jalan Marikh U5/174 Seksyen U5 40150 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia. |
|
||
Contact No
|
:
|
+603-78471276
|
Fax No
|
:
|
+603-78471423
|
E-mail
|
:
|
sales@norainis.com.my
|
Website
|
:
|
KISAH DAN PENGALAMAN
Dua puluh enam tahun lalu Noraini Ahmad merupakan seorang petugas firma
insurans di siang hari dan menguruskan perniagaan bakeri Noraini’s Cookies di
rumahnya pada sebelah malam.
Beliau mengupah suri-suri
rumah di kawasan kejiranannya untuk membantu membuat pelbagai kuih-muih
tradisional Melayu dan konfeksi yang beliau kemudian bekalkan kepada kafeteria
serta kantin sekolah. Perniagaan sampingan ini membolehkan beliau meraih purata
pendapatan RM4,000 sebulan.
Siapa sangka
keputusan nekad berhenti kerja selepas kelahiran anak ketiga ada hikmah di
sebaliknya. Wanita kelahiran Sungai Manggis, Banting, Selangor ini pada awalnya
juga tidak berkeyakinan tetapi kerana dirinya tidak betah duduk diam, akhirnya
kerja keras tanpa mengenal putus asa berbayar semula.
Kini, Pengarah
Urusan Noraini’s Group of Companies, Noraini Ahmad, 52 tahun, sudah boleh
menarik nafas lega serta tersenyum puas kerana selepas melalui pelbagai
pengalaman pahit dan manis, beliau berjaya membina jenama Noraini’s sebagai
sebuah empayar produk makanan ke arena global.
NORAINI AHMAD DAN BISKUT HALAL KELUARAN SYARIKATNYA.
Bakat beliau dalam membuat
kuih menarik perhatian seorang chef hotel yang kemudian menempah kuih-muihnya
untuk hotel itu. Selepas itu, hotel-hotel utama lain, restoran serta pasar raya
turut ikut serta. Produk Noraini juga menjadi juadah di konvensyen tahunan Umno
di PWTC. Pada masa itu beliau mendapat pulangan sehingga RM20,000 sebulan.
Apabila beliau mula menerima
tempahan bagi kuih-muih Melayu dan biskut untuk sambutan Hari Raya, Noraini
membuat keputusan berhenti kerja dan menumpukan perhatian sepenuh masa kepada
perniagaan.
BERALIH KEPADA KUIH MUIH MUSIM
PERAYAAN
Pada 1994 Noraini melabur RM25,000 untuk memperbadankan Noraini Enterprise Sdn
Bhd, yang membuat kuih-muih dan biskut khusus untuk musim perayaan di sebuah
rumah kedai berdekatan pasar malam Paya Jaras di Sungai Buloh.
Produknya boleh dikatakan
dibekalkan kepada hampir semua penjual tepi jalan di Jalan Chow Kit dan Jalan
Tuanku Abdul Rahman setiap Ramadan. Syarikat ini mencatatkan pulangan sebanyak
RM70,000 di musim perayaan pertamanya.
Perniagaan beliau terus
meningkat maju dan pada 1997 kilang syarikatnya berpindah ke Kampung Sungai
Pelong di daerah Petaling. Bagaimanapun, tidak sampai setahun kemudian
perniagaannya dilanda musibah akibat kegawatan ekonomi. Jualan merudum teruk.
Noraini terpaksa bertungkus-lumus untuk menyelamatkan perniagaannya tetapi
akhirnya operasi syarikat terhenti sementara.
Bagaimanapun, di sebalik musibah
ini muncul pula peluang baru. Untuk mencari rezeki hidup, Noraini membuka
sebuah gerai di Plaza Angsana di Johor Baharu yang menjual kuih muih dan
konfeksi. Usaha beliau ini menerima sambutan baik dengan hasil jualannya
mencecah hampir RM1,000 setiap hari.
Selama empat tahun yang
berikut perniagannya itu terus meningkat maju dan ia turut membabitkan sebuah
restoran khusus menjual pelbagai jenis laksa dan masakan Melayu tradisional.
Sementara itu, kilang cookies dan biskut di Selangor kembali beroperasi.
Kedua-dua perniagaan berkembang pesat – kilang ini menyaksikan pulangan
RM150,000 setiap musim sementara perniagaan di Johor Baharu diperluas kepada 17
buah gerai meliputi seluruh Lembah Klang dan juga sehingga Ipoh.
MENGORAK LANGKAH KE PERSADA
GLOBAL
Bagaimanapun hasil bulanannya tidak lagi meningkat memandangkan pasaran
tempatan sudah tepu. Beliau kemudian memutuskan untuk menceburi perniagaan di
luar negara. Pada 2004 beliau menubuhkan Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd dan
menjenamakan produknya selain memasarkannya dalam bungkusan yang lebih menarik
bersama logo rasmi syarikat.
Pihak pengurusan syarikat
mengambil bahagian dalam pelbagai program latihan, dan kempen promosi
perniagaan tempatan dan antarabangsa yang dianjurkan oleh agensi kerajaan
seperti Mara, MeCD, Fama, dan Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asas
Tani Sdn Bhd (Komita).
Syarikat ini turut menyertai
pameran antarabangsa seperti MAHA, MIHAS dan acara yang dianjurkan oleh
Malaysia Trading House di United Kingdom, produk beliau menembusi pasaran
Singapura, Brunei, Laos, Myanmar, Kemboja, Vietnam, United Kingdom, Mauritius,
Afrika, Nigeria, Mahgribi dan Dubai.
Nasib menyebelahi usahawan
yang bertekad tinggi ini, dan pada sesi sepadanan perniagaan MIHAS 2006,
seorang perwakilan dari Kazakhstan menunjukkan minat untuk menjalin usahasama.
Ini membawa kepada sebuah usahasama dikenali sebagai Atamekent Noraini, yang
mempunyai pelaburan dalam pengeluaran makanan, ladang tenusu dan gandum, serta
perniagaan hotel dan restoran di Kazakhstan. Restoran Astana Nura menawarkan
pelbagai laksa Malaysia kepada warga Kazakhstan.
Sementara itu, berbalik ke
Malaysia, jualan bermusim mencecah RM1.5 juta pada 2007 dan seterusnya
meningkat kepada RM2 juta pada musim berikutnya. Banyak tempahan baru dan
tempahan berulang diterima yang bermakna pengeluaran perlu dipertingkat dan
memerlukan sebuah permis perniagaan yang lebih besar serta peralatan yang lebih
baik. Oleh itu pada 2008, syarikat Noraini’s Worldwide Cookies milik Noraini
memperoleh sebuah lot kilang dua tingkat dan sebuah ketuhar automatik
sepenuhnya.
“Walaupun ketuhar kami boleh
menghasilkan tiga tan biskut setiap hari, kami kini beroperasi pada separuh
kapasiti memandangkan kami kekurangan petugas pengeluaran,” kata Pengarah
Urusan dan CEO Kumpulan Dr Helmee Effendee yang juga merupakan anak sulung
Noraini.
Worldwide Cookies milik
Noraini merupakan antara sembilan perusahaan makanan Malaysia yang dijemput
oleh Matrade untuk mempamer produknya pada `2010 New York Fancy Food
Show(NYFFS), Jun lepas.
Pada acara tiga hari itu yang
merupakan pintu terbaik ke pasaran Amerika Syarikat, syarikatnya menerima
banyak pertanyaan daripada peniaga dari daerah Chinatown di New York, selain
daripada Asia Barat, Kanada, Panama dan Jordan, yang mencari sumber produk
makanan halal bagi pasaran masing-masing. Noraini kini berusaha untuk
memastikan pertanyaan ini berakhir dengan tempahan.
CABARAN YANG DIHADAPI
Bermula dari awal
pembabitan dalam perniagaan sehingga sekarang, terlalu banyak cabaran yang dihadapi.
Namun, segala cabaran yang datang menghampiri, dapat ditangani sekaligus
menguatkan lagi semangat untuk terus maju.
Cabaran berhadapan
dengan kegawatan ekonomi apatah pula, dengan suami yang sudah berhenti kerja
serta tidak ada pengaliran wang tunai di tangan yang pernah Noraini alami, itu
memang cukup mencabar.
Bayangkan bagaimana
perasaan pada masa itu apabila sudah biasa dengan pendapatan mencecah ribuan
ringgit ditambah pula dengan kontena biskut yang tidak terjual, hanya Allah
tempat menyerah.
Pun begitu, Noraini
tidak berputus asa. Selagi ada kudrat dan ilmu memasak serta sentiasa
dikurniakan ilham dan idea, beliau akan bentuk perniagaan baru.
Semua ini tidak
akan berjaya tanpa kekuatan mental dan fizikal dan kerjasama serta persefahaman
suami isteri. Tanpanya, boleh goyah pendirian dan keteguhan seseorang ahli
perniagaan itu.
Namun, setiap yang
berlaku itu ada sebabnya dan setiap ujian itu ada hikmah di sebaliknya. Kita
sahaja yang tidak berkeyakinan dengan-Nya.
CONTOH BAIK BAGI USAHAWAN
BUMIPUTERA
Hajjah Noraini merupakan contoh baik bagaimana usaha gigih yang diperkuat dengan komitmen dan dedikasi berterusan; dan dilengkapi dengan pandangan jauh, inovasi serta penyesuaian usahawan dengan jati diri yang tinggi boleh menukar perasaan minat kepada wawasan dan seterusnya memastikan segala usahanya berhasil.
Hajjah Noraini merupakan contoh baik bagaimana usaha gigih yang diperkuat dengan komitmen dan dedikasi berterusan; dan dilengkapi dengan pandangan jauh, inovasi serta penyesuaian usahawan dengan jati diri yang tinggi boleh menukar perasaan minat kepada wawasan dan seterusnya memastikan segala usahanya berhasil.
Berdasarkan pencapaian
cemerlangnya, Dewan Perniagaan Melayu memberikan ‘Anugerah Usahawan Warisan
2006′ kepada beliau.
Hajjah Noraini turut memenangi
‘Anugerah Usahawan Berdaya Maju MIHAS 2007′ dan juga Pingat Gangsa daripada
Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) pada 2007 di bawah
kategori ‘Penjenaman Usahawan Malaysia bagi Pasaran Eksport’.
Laluan
beliau yang penuh onak, duri dan ranjau daripada industri kampung ke penggiat
global dicatatkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia(MPC) dalam terbitannya
bertajuk ‘Case Book on Transformation, Innovation and Partnership’. Buku ini
menjadi bahan rujukan bagi para usahawan baru Bumiputera.
KUMPULAN SYARIKAT NORAINI
Selain daripada perkongsian bersama Kazakhstan, kumpulan syarikat Noraini kini terdiri daripada Noraini’s Enterprise Sdn Bhd (anak syarikat di bawahnya Noraini’s Fresh Baked, Noraini’s Laksa Paradise dan Noraini’s Noodles (antara produk : asam pedas, kari ikan, sambal tumis, aneka laksa, rendang, mee bandung dan mee kari), Noraini’s Cookies Worldwide Sdn Bhd (bersama operasi secara perkongsian di Pulau Batam dan Bandar Raya Ho Chi Minh), Noraini’s Marketing Sdn Bhd, Noraini’s Farm House Sdn Bhd (produk rempah campuran), Noraini’s Frozen Food Sdn Bhd, Noraini’s Food and Beverage Sdn Bhd; dan Magnificent Solution, yang merupakan sayap penyumberan luar Kumpulan.
Selain daripada perkongsian bersama Kazakhstan, kumpulan syarikat Noraini kini terdiri daripada Noraini’s Enterprise Sdn Bhd (anak syarikat di bawahnya Noraini’s Fresh Baked, Noraini’s Laksa Paradise dan Noraini’s Noodles (antara produk : asam pedas, kari ikan, sambal tumis, aneka laksa, rendang, mee bandung dan mee kari), Noraini’s Cookies Worldwide Sdn Bhd (bersama operasi secara perkongsian di Pulau Batam dan Bandar Raya Ho Chi Minh), Noraini’s Marketing Sdn Bhd, Noraini’s Farm House Sdn Bhd (produk rempah campuran), Noraini’s Frozen Food Sdn Bhd, Noraini’s Food and Beverage Sdn Bhd; dan Magnificent Solution, yang merupakan sayap penyumberan luar Kumpulan.
Dalam memastikan produknya
daripada kualiti tertinggi, Noraini’s Worldwide Cookies berpegang kepada moto
pengasas: Tiada bahan aditif, Organik, Diiktiraf Di peringkat Antarabangsa,
Proses Perkilangan Canggih, Produk Islam, Berkhasiat; Resipi Lebih Baik, dan
Keselamatan Terjamin.
NASIHAT KEPADA MEREKA YANG MENCEBURI
BIDANG INI
Ramai yang
beranggapan bahawa untuk berniaga memerlukan modal yang besar, bagi saya modal
bukanlah segala-galanya tetapi kalau ada ia satu bonus.
Pun begitu, dalam
bisnes kita kena banyak bersabar, kreatif dan fokus dengan tugasan. Kalau
boleh, pilihlah perniagaan yang kurang risiko serta sentiasa mantapkan diri
dengan ilmu-ilmu keusahawanan, pengurusan, pemasaran, waima kemahiran
berkomunikasi.