Social Icons

Featured Posts

Friday, 27 December 2013

FROM ZERO TO HERO - Noraini Enterprise Sdn. Bhd.



Noraini Enterprise Sdn. Bhd.

Profil Syarikat


Pengasas
Noraini Ahmad       
                                                                                                                  
Jenis Bisnes
Manufacturer

Produk/ Perkhidmatan
High quality butter cookies using Malaysian homemade recipe

Alamat
1 Jalan Suria S U5/S, Taman Pinggiran Subang, Selangor

Pekerja
51-100 people

Tahun ditubuhkan
2004

Pemilik Syarikat
Hezir Effez Norsham

Pasaran
North America, South America, Western Europe, Eastern Europe,
Eastern Asia, Southeast Asia, Mid East, Africa, Oceania

Pendapatan
US$1 Million 



Corporate Info
 
Shareholders
:
Mdm Hajah. Noraini Binti Ahmad

:
Dr. Helmee Effendee Norsham, MD

:
Mr. Hezir Effez Norsham

:
Mr. Hezlee Ezha Norsham



Board Of Directors
:
Mdm Hajah. Noraini Binti Ahmad

:
Dr. Helmee Effendee Norsham, MD

:
Mr. Hezlee Ezha Norsham



HQ Address
:
Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd
No 21, 23, 25, 27
Jalan Marikh U5/174
Seksyen U5
40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Malaysia.




Contact No
:
+603-78471276
Fax No
:
+603-78471423
E-mail
:
sales@norainis.com.my
Website
:


KISAH DAN PENGALAMAN
Dua puluh enam tahun lalu Noraini Ahmad merupakan seorang petugas firma insurans di siang hari dan menguruskan perniagaan bakeri Noraini’s Cookies di rumahnya pada sebelah malam.

Beliau mengupah suri-suri rumah di kawasan kejiranannya untuk membantu membuat pelbagai kuih-muih tradisional Melayu dan konfeksi yang beliau kemudian bekalkan kepada kafeteria serta kantin sekolah. Perniagaan sampingan ini membolehkan beliau meraih purata pendapatan RM4,000 sebulan.
Siapa sangka keputusan nekad berhenti kerja selepas kelahiran anak ketiga ada hikmah di sebaliknya. Wanita kelahiran Sungai Manggis, Banting, Selangor ini pada awalnya juga tidak berkeyakinan tetapi kerana dirinya tidak betah duduk diam, akhirnya kerja keras tanpa mengenal putus asa berbayar semula.

Kini, Pengarah Urusan Noraini’s Group of Companies, Noraini Ahmad, 52 tahun, sudah boleh menarik nafas lega serta tersenyum puas kerana selepas melalui pelbagai pengalaman pahit dan manis, beliau berjaya membina jenama Noraini’s sebagai sebuah empayar produk makanan ke arena global.

NORAINI AHMAD DAN BISKUT HALAL KELUARAN SYARIKATNYA.
Bakat beliau dalam membuat kuih menarik perhatian seorang chef hotel yang kemudian menempah kuih-muihnya untuk hotel itu. Selepas itu, hotel-hotel utama lain, restoran serta pasar raya turut ikut serta. Produk Noraini juga menjadi juadah di konvensyen tahunan Umno di PWTC. Pada masa itu beliau mendapat pulangan sehingga RM20,000 sebulan.
Apabila beliau mula menerima tempahan bagi kuih-muih Melayu dan biskut untuk sambutan Hari Raya, Noraini membuat keputusan berhenti kerja dan menumpukan perhatian sepenuh masa kepada perniagaan.
 
BERALIH KEPADA KUIH MUIH MUSIM PERAYAAN
Pada 1994 Noraini melabur RM25,000 untuk memperbadankan Noraini Enterprise Sdn Bhd, yang membuat kuih-muih dan biskut khusus untuk musim perayaan di sebuah rumah kedai berdekatan pasar malam Paya Jaras di Sungai Buloh.
Produknya boleh dikatakan dibekalkan kepada hampir semua penjual tepi jalan di Jalan Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman setiap Ramadan. Syarikat ini mencatatkan pulangan sebanyak RM70,000 di musim perayaan pertamanya.
Perniagaan beliau terus meningkat maju dan pada 1997 kilang syarikatnya berpindah ke Kampung Sungai Pelong di daerah Petaling. Bagaimanapun, tidak sampai setahun kemudian perniagaannya dilanda musibah akibat kegawatan ekonomi. Jualan merudum teruk. Noraini terpaksa bertungkus-lumus untuk menyelamatkan perniagaannya tetapi akhirnya operasi syarikat terhenti sementara.
Bagaimanapun, di sebalik musibah ini muncul pula peluang baru. Untuk mencari rezeki hidup, Noraini membuka sebuah gerai di Plaza Angsana di Johor Baharu yang menjual kuih muih dan konfeksi. Usaha beliau ini menerima sambutan baik dengan hasil jualannya mencecah hampir RM1,000 setiap hari.
Selama empat tahun yang berikut perniagannya itu terus meningkat maju dan ia turut membabitkan sebuah restoran khusus menjual pelbagai jenis laksa dan masakan Melayu tradisional. Sementara itu, kilang cookies dan biskut di Selangor kembali beroperasi. Kedua-dua perniagaan berkembang pesat – kilang ini menyaksikan pulangan RM150,000 setiap musim sementara perniagaan di Johor Baharu diperluas kepada 17 buah gerai meliputi seluruh Lembah Klang dan juga sehingga Ipoh.

MENGORAK LANGKAH KE PERSADA GLOBAL
Bagaimanapun hasil bulanannya tidak lagi meningkat memandangkan pasaran tempatan sudah tepu. Beliau kemudian memutuskan untuk menceburi perniagaan di luar negara. Pada 2004 beliau menubuhkan Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd dan menjenamakan produknya selain memasarkannya dalam bungkusan yang lebih menarik bersama logo rasmi syarikat.
Pihak pengurusan syarikat mengambil bahagian dalam pelbagai program latihan, dan kempen promosi perniagaan tempatan dan antarabangsa yang dianjurkan oleh agensi kerajaan seperti Mara, MeCD, Fama, dan Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asas Tani Sdn Bhd (Komita).

Syarikat ini turut menyertai pameran antarabangsa seperti MAHA, MIHAS dan acara yang dianjurkan oleh Malaysia Trading House di United Kingdom, produk beliau menembusi pasaran Singapura, Brunei, Laos, Myanmar, Kemboja, Vietnam, United Kingdom, Mauritius, Afrika, Nigeria, Mahgribi dan Dubai.

Nasib menyebelahi usahawan yang bertekad tinggi ini, dan pada sesi sepadanan perniagaan MIHAS 2006, seorang perwakilan dari Kazakhstan menunjukkan minat untuk menjalin usahasama. Ini membawa kepada sebuah usahasama dikenali sebagai Atamekent Noraini, yang mempunyai pelaburan dalam pengeluaran makanan, ladang tenusu dan gandum, serta perniagaan hotel dan restoran di Kazakhstan. Restoran Astana Nura menawarkan pelbagai laksa Malaysia kepada warga Kazakhstan.

Sementara itu, berbalik ke Malaysia, jualan bermusim mencecah RM1.5 juta pada 2007 dan seterusnya meningkat kepada RM2 juta pada musim berikutnya. Banyak tempahan baru dan tempahan berulang diterima yang bermakna pengeluaran perlu dipertingkat dan memerlukan sebuah permis perniagaan yang lebih besar serta peralatan yang lebih baik. Oleh itu pada 2008, syarikat Noraini’s Worldwide Cookies milik Noraini memperoleh sebuah lot kilang dua tingkat dan sebuah ketuhar automatik sepenuhnya.

“Walaupun ketuhar kami boleh menghasilkan tiga tan biskut setiap hari, kami kini beroperasi pada separuh kapasiti memandangkan kami kekurangan petugas pengeluaran,” kata Pengarah Urusan dan CEO Kumpulan Dr Helmee Effendee yang juga merupakan anak sulung Noraini.

Worldwide Cookies milik Noraini merupakan antara sembilan perusahaan makanan Malaysia yang dijemput oleh Matrade untuk mempamer produknya pada `2010 New York Fancy Food Show(NYFFS), Jun lepas.

Pada acara tiga hari itu yang merupakan pintu terbaik ke pasaran Amerika Syarikat, syarikatnya menerima banyak pertanyaan daripada peniaga dari daerah Chinatown di New York, selain daripada Asia Barat, Kanada, Panama dan Jordan, yang mencari sumber produk makanan halal bagi pasaran masing-masing. Noraini kini berusaha untuk memastikan pertanyaan ini berakhir dengan tempahan.

CABARAN YANG DIHADAPI
Bermula dari awal pembabitan dalam perniagaan sehingga sekarang, terlalu banyak cabaran yang dihadapi. Namun, segala cabaran yang datang menghampiri, dapat ditangani sekaligus menguatkan lagi semangat untuk terus maju.

Cabaran berhadapan dengan kegawatan ekonomi apatah pula, dengan suami yang sudah berhenti kerja serta tidak ada pengaliran wang tunai di tangan yang pernah Noraini alami, itu memang cukup mencabar.

Bayangkan bagaimana perasaan pada masa itu apabila sudah biasa dengan pendapatan mencecah ribuan ringgit ditambah pula dengan kontena biskut yang tidak terjual, hanya Allah tempat menyerah.

Pun begitu, Noraini tidak berputus asa. Selagi ada kudrat dan ilmu memasak serta sentiasa dikurniakan ilham dan idea, beliau akan bentuk perniagaan baru.

Semua ini tidak akan berjaya tanpa kekuatan mental dan fizikal dan kerjasama serta persefahaman suami isteri. Tanpanya, boleh goyah pendirian dan keteguhan seseorang ahli perniagaan itu.

Namun, setiap yang berlaku itu ada sebabnya dan setiap ujian itu ada hikmah di sebaliknya. Kita sahaja yang tidak berkeyakinan dengan-Nya.

CONTOH BAIK BAGI USAHAWAN BUMIPUTERA
Hajjah Noraini merupakan contoh baik bagaimana usaha gigih yang diperkuat dengan komitmen dan dedikasi berterusan; dan dilengkapi dengan pandangan jauh, inovasi serta penyesuaian  usahawan dengan jati diri yang tinggi boleh menukar perasaan minat kepada wawasan dan seterusnya memastikan segala usahanya berhasil.

Berdasarkan pencapaian cemerlangnya, Dewan Perniagaan Melayu memberikan ‘Anugerah Usahawan Warisan 2006′ kepada beliau.
Hajjah Noraini turut memenangi ‘Anugerah Usahawan Berdaya Maju MIHAS 2007′ dan juga Pingat Gangsa daripada Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) pada 2007 di bawah kategori ‘Penjenaman Usahawan Malaysia bagi Pasaran Eksport’.

Laluan beliau yang penuh onak, duri dan ranjau daripada industri kampung ke penggiat global dicatatkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia(MPC) dalam terbitannya bertajuk ‘Case Book on Transformation, Innovation and Partnership’. Buku ini menjadi bahan rujukan bagi para usahawan baru Bumiputera.

KUMPULAN SYARIKAT NORAINI
Selain daripada perkongsian bersama Kazakhstan, kumpulan syarikat Noraini kini terdiri daripada Noraini’s Enterprise Sdn Bhd (anak syarikat di bawahnya Noraini’s Fresh Baked, Noraini’s Laksa Paradise dan Noraini’s Noodles (antara produk :
asam pedas, kari ikan, sambal tumis, aneka laksa, rendang, mee bandung dan mee kari), Noraini’s Cookies Worldwide Sdn Bhd (bersama operasi secara perkongsian di Pulau Batam dan Bandar Raya Ho Chi Minh),  Noraini’s Marketing Sdn Bhd,  Noraini’s Farm House Sdn Bhd (produk rempah campuran),  Noraini’s Frozen Food Sdn Bhd,  Noraini’s Food and Beverage Sdn Bhd; dan Magnificent Solution, yang merupakan sayap penyumberan luar Kumpulan.

Dalam memastikan produknya daripada kualiti tertinggi, Noraini’s Worldwide Cookies berpegang kepada moto pengasas: Tiada bahan aditif, Organik, Diiktiraf Di peringkat Antarabangsa, Proses Perkilangan Canggih, Produk Islam, Berkhasiat; Resipi Lebih Baik, dan Keselamatan Terjamin.

NASIHAT KEPADA MEREKA YANG MENCEBURI BIDANG INI
Ramai yang beranggapan bahawa untuk berniaga memerlukan modal yang besar, bagi saya modal bukanlah segala-galanya tetapi kalau ada ia satu bonus.

Pun begitu, dalam bisnes kita kena banyak bersabar, kreatif dan fokus dengan tugasan. Kalau boleh, pilihlah perniagaan yang kurang risiko serta sentiasa mantapkan diri dengan ilmu-ilmu keusahawanan, pengurusan, pemasaran, waima kemahiran berkomunikasi.


 

Aktiviti-Kreativiti

 


Aktiviti:

Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk mencipta satu produk berdasarkan kreativiti masing-masing. Produk yang dihasilkan mestilah bersesuaian dengan 3 senario yang diberi seperti berikut: kawasan pantai, grandprix dan juga Egypt. Kumpulan kami telah memilih Grand Prix.
 


 
 
Product Description
Produk ini direka khas untuk pelumba-pelumba motor GP dan pelumba-pelumba F1 untuk keslamatan, keselesaan dan memudahkan komunikasi antara pelumba dan pengurus.

 Features
  • connect ke smartphone via bluetooth
  • menerima dan membuat panggilan
  • walkie talkie 
  • helmet visor - touch screen, map
  • mp3, radio
Target Market
Penunggang motorsikal dan pelumba F1 & motor GP





Wednesday, 25 December 2013

BUSINESS IDEA COMPETITION

Fantasy Car Key



Reka Bentuk Produk


Penyata Masalah

Kereta sudah menjadi keperluan bagi semua orang yang mampu mempunyai kereta. Kebiasaannya kereta dilengkapi sistem keselamatan yang berbaloi seperti kunci yang canggih disertakan dengan penggera bunyi. Namun, terdapat beberapa penyataan masalah dalam situasi penggunaan kunci kereta. Disebabkan oleh saiznya yang kecil untuk muat dimasukkan ke dalam poket beberapa masalah akan timbul seperti sentiasa kehilangan kunci kereta. Selain itu juga,  kita perlu membawa banyak kunci bersama seperti kunci rumah, almari, loker dan sebagainya. Ia merupakan satu beban yang perlu ditanggung sekiranya terlupa kunci. Kadang-kadang kecuaian manusia dengan meninggalkan kunci kereta didalam kerta yang dikunci merupakan masalah utama penggunaan kunci tersebut.  Kunci kereta juga mudah rosak. Kunci fizikal ini juga senang dijadikan pendua dan meyebabkan ia senang ditiru.


Oleh sebab itu, kami mencipta satu aplikasi kunci kereta yang  mengandungi semua ciri-ciri yang diperlukan sebuah kereta untuk telefon pintar.Ia tercetus  kerana majoriti masyarakat sekarang menggunakan telefon pintar.




Produk


Nama Produk : Fantasy Car key Application For Android and ios
Spesifikasi : Untuk kegunaan di smartphone

Deskripsi Produk

Produk ini adalah sebagai pegganti kunci kereta. Seperti pernyataan masalah di rekabentuk produk di atas ia dicipta bagi memudahkan pemilik kereta khususnya dalam penggunaan kunci kereta. Produkini  merupakan applikasi untuk telefon pintar. Ia perlu dimuatnaik pada telefon pintar pemilik kereta . Ia dinamakan sebagai Fantasy Car Key. Pemilik kereta perlu menggunakan kod sekuriti tertentu untuk menyambung penggunaan aplikasi tersebut bersama kereta. Terdapat beberapa fungsi canggih yang terdapat pada aplikasi ini. Ia dinyatakan di dalam Faedah di bawah 

Faedah Produk

Sebagai pengganti kunci kereta di dalam telefon pintar, penggunaannya akan  mengurangkan risiko untuk tertinggal kunci kereta. Selain itu, ia akan mengurangkan keadaan berisiko contohnya, pemilik kereta cuai dan meninggalkan kunci di dalam kereta. Pemilik kereta juga akan tahu keadaan kesihatan kereta kerana aplikasi ini juga dilengkapi fungsi untuk mengetahui tahap kesihatan kereta. Jika kereta berkeadaan tidak sihat, ia akan memberi notifikasi kepada pemilik kereta. Pemilik kereta juga diberi notifikasi mengenai peratusan minyak untuk perjalanan juga notifikasi stesen minyak yang terdekat.

Selain sebagai pengganti kunci kereta, ia juga mempunyai fungsi sebagai remoted started. Jika pemilik kereta lupa mematikan enjin kereta ia akan memberi notifikasi kepada pemilik kereta untuk mematikan enjin tersebut. Jika pemilik kereta terlepas pandang pada notifikasi tersebut, ia secara automatik akan mematikan enjin kereta tersebut. Pengguna aplikasi ini juga boleh mencari tempat letak kereta  yang kosong dengan segera melalui notifikasi tempat letak kereta.
Selain itu, Aplikasi ini juga menyimpan profil pemandu yang memandu kereta tersebut. 

Keunikan Produk
Produk ni mempunyai fungsi  pelbagai guna untuk sebuah kereta.

Target Market
Produk ini menyasarkan pengguna telefon pintar yang mempunyai kereta sebagai target market.

Potensi Pasaran
Cara untuk menentukan potensi pasaran:-

Menjadi kegunaan harian.
Orang ramai yang menjadikan aplikasi amalan terbaik yang digunakan setiap hari, untuk menyambung melalui saluran sosial, menggunakan elemen gamification, menggunakan penyelesaian inovatif untuk mewujudkan "kesan - wow", dan lain-lain aplikasi amalan terbaik adalah grafik menarik, boleh digunakan secara intuitif, menyediakan API untuk menyambung kepada data pihak ketiga / fungsi dan hanya sangat membantu bagi kumpulan sasaran yang dikehendaki.

Cara memperkenalkan produk dan memasuki pasaran

Berani mengambil risiko
Risiko menjadi faktor yang ditempatkan paling depan dalam memulakan perniagaan. Kami menerapkan berani mengambil risiko dalam hal ini. Membawa aplikasi serta membuat demo penggunaan aplikasi dalam pameran dengan harapan target market menyukai produk baru ini, memberikan hasil yang tak terduga sebelumnya. Meski begitu, kami tetap mengambil risiko, dan boleh menerima jika ternyata produk tidak  menarik minat target market.

Pengiklanan Melalui Media Massa
Mengambil inisiatif iaitu mengiklankan produk ini di dalam media massa iaitu, media cetak, eletronik medium internet yang berleluasa sekarang.

Mengambil peluang apabila ada penjualan kereta baru
mengambil peluang mempromosikan produk ketika ada promosi kereta baru.


Sunday, 15 December 2013

RANCANGAN PERNIAGAAN MEMPROSES MAKANAN RINGAN


SNEK RIA FOOD INDUSTRIES RANCANGAN PERNIAGAAN


PENDAHULUAN

Rancangan Perniagaan ini di majukan adalah bertujuan untuk memohon bantuan pembiayaan dari
pihak MARA bagi pembelian mesin pengeluaran snek ‘Prawn Fingers’ berskala besar dan
pembiayaan modal operasi.

Pusat pengeluaran bertempat di:
18-G Jln UP ½,
Ukay Perdana,
68000 Ampang Selangor.

Perjanjian sewa telah dibuat dengan pemilik kedai dan pihak syarikat bersetuju untuk masuk ke
premis baru pada 1 Mac 2008. Sebelum ini syarikat beroperasi di Jalan Air Madu, Setapak Kuala
Lumpur. Salinan perjanjian sewa dilampirkan di bahagian lampiran.
Kos projek adalah berjumlah RM 167,000. Ia meliputi kos pembelian mesin sebanyak RM 81,500, dan
modal operasi sebanyak RM 68,500. Pengusaha telah pun mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM
17,000 untuk kos pra-operasi projek. Pembiayaan sebanyak RM 150,000 diperlukan dari pihak MARA
untuk merealisasikan projek ini.

Mesin memproses ‘Prawn Fingers’ tersebut meliputi dari awal proses iaitu dari proses bancuhan
tepung sehinggalah ke proses pembungkusan. Ianya akan mengeluarkan barang siap dengan purata
pengeluaran sebanyak 1 tan sehari.
Pembelian mesin ini amat perlu untuk mencapai pengeluaran yang efektif. Sasaran pengeluaran
adalah sebanyak 1 tan sehari. Pengusaha hanya dapat mengeluarkan produk 100 kg sehari jika
menggunakan proses manual biasa. Sekiranya mesin ini digunakan, purata pengeluaran 100 kg sejam
dapat dihasilkan.
Permintaan untuk produk ‘Prawn Fingers’ ini amatlah tinggi sehinggakan Snek Ria Food Industries
tidak dapat memenuhi permintaan memandangkan proses pengeluaran sedia ada di jalankan secara
manual.

LATARBELAKANG PERNIAGAAN

Snek Ria Food Industries telah ditubuhkan pada tahun 6 Februari 2006. Aktiviti utama syarikat
syarikat ini ialah pengeluaran snek tradisional melayu dengan skala pengeluaran di tahap sederhana
iaitu 100 kg sehari. Produk utama syarikat adalah ‘Prawn Fingers’ iaitu sejenis kuih tradisional
masyarakat melayu biasanya di kenali sebagai kuih gunting. Syarikat mempunyai pasaran yang stabil
dan seringkali tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan berikutan pengeluaran yang amat
terhad.

Syarikat adalah milikan tunggal dimiliki oleh Cik Asmah Laili binti Abd Rahman. Walaupun syarikat
ini baru ditubuhkan, namun kemahiran untuk mengeluarkan produk ini datangnya dari pengusaha
sendiri yang sebelum ini menjalankan perniagaan dari rumah selama tujuh tahun.

Maklumat Am
Nama Syarikat : SNEK RIA FOOD INDUSTRIES
Jenis Milikan : Milikan Tunggal
Tarikh Didaftarkan : 06 Februari 2006
Tarikh Mula Operasi : 15 Januari 2006
No. Pendaftaran Syarikat : 001597147-M
Alamat Pejabat : 90 Jalan 82/26, Taman Sri Rampai
53300 Setapak, Kuala Lumpur
No. Telefon : 03 4142 8052
Alamat Kilang : 18-G Jln UP ½,
Ukay Perdana,
68000 Ampang, Selangor.
Jenis Industri : Makanan Ringan
Jenis Produk : Snek ‘Prawn Fingers’


LATAR BELAKANG USAHAWAN

Nama Pemilik : Asmah Laili Binti Abdul Rahman
No. K/P Baru : 670612-06-5458
Tarikh Lahir : 12 Jun 1967
Bangsa : Melayu
Jantina : Perempuan
Taraf Perkahwinan : Ibu tunggal
Warganegara : Malaysia
Taraf Pendidikan : Sekolah Menengah
Agama : Islam
Pengalaman Kerja : Pengusaha Kedai Makan - 5 tahun
Pengusaha Makanan Ringan - 7 tahun
Pekerjaan Sekarang : Usahawan Snek Makanan Ringan
Kursus Yang Dihadiri : Kursus Asas Keusahawanan – MARA
Kemahiran/Kebolehan : Pengurusan Operasi dan Pemasaran
No Telefon Bimbit : 017 316 4397
Jawatan Dalam Syarikat : Pengurus Operasi
Sumber Rujukan : Nama : Rodhiah Abdul Kudus
Pekerjaan : Akauntan
Alamat : No.13A-4, Kg. Klang Gate, K.L
No. Telefon : 012 660 9067

Tanggungan Syarikat Dengan Institusi Kewangan Masa Kini




PELAN TEKNIKAL/OPERASI

Profil Produk
Snek Ria Food Industries mempunyai beberapa produk snek iaitu
i) Snek Prawn Fingers (Produk Utama)
ii) Snek Tiram Manis
iii) Snek Muruku Kuetiaw
iv) Snek Ubi Pedas Manis
v) Snek Ubi Black Peper
vi) Snek Ubi BBQ
vii) Snek Ubi Keledek Ungu
viii) Snek Ubi Bulat Masin
ix) Snek Bawang
x) Snek Pisang Lemak Masin

Keluaran utama syarikat Snek Ria Food Industries adalah ‘Prawn Fingers’ atau lebih dikenali di
kalangan masyarakat melayu iaitu kuih gunting.
Sepanjang penglibatan pengusaha dalam pengeluaran Prawn Fingers selama 7 tahun, produk ini
telah mengalami proses evolusi dimana ianya memenuhi selera pelanggan iaitu tidak berminyak,
rangup, tiada bahan pengawet serta rasanya yang sedap.
Permintaan untuk produk Prawn Fingers ini amatlah tinggi sehinggakan Snek Ria Food Industries
tidak dapat memenuhi permintaan memandangkan ianya di jalankan secara manual.
Dari segi pembungkusan produk, ianya dibungkus mengikut berat iaitu 5kg sebungkus untuk pasaran
borong, 1kg sebungkus untuk pasaran runcit. Setiap pembungkusan dilekatkan label Snek Ria Food
Industries.

Premis Pengeluaran

Lokasi pengeluaran snek pada sebelum ini terletak di Jalan Air Madu, Setapak Kuala Kumpur.
Keluasannya adalah 20x40 kaki persegi. Premis ini 100% kegunaannya untuk memproses snek
makanan ringan. Premis ini secara amnya tidak cukup ruang untuk memasang mesin pemprosesan
lengkap ‘Prawn Fingers’.

Oleh sebab itu pihak syarikat mengambil inisiatif mencari premis baru yang luas untuk memasang
mesin berkenaan. Ianya terletak di terletak di 18-G Jln UP ½, Ukay Perdana, 68000 Ampang,
Selangor. Perjanjian sewa telah dibuat dan pihak syarikat akan mula menyewa bermula 1 Mac 2008
ini. Dengan keluasan tapak premis iaitu 20x80 kaki persegi, ianya cukup sesuai untuk pemasangan
mesin tersebut.

Premis tersebut disewa dengan kadar RM 1,900 sebulan. Kedudukan premis yang strategik iaitu
dekat dengan tempat-tempat pengedaran syarikat, begitu menjimatkan dari segi kos penghantaran
produk di sekitar Lembah Kelang khususnya.
Pelan Lokasi
Dari Cheras Lebuh Raya MRR2 Dari Batu Caves
Exit Ukay Perdana
Sering Ukay
18-G Jalan UP ½,
Ukay Perdana,
68000 Ampang, Selangor.





Zul Design Autotronic dimiliki oleh pereka terkenal negara Zulkifli Hj Haron yang seringkali
mengharumkan nama negara dengan ciptaan yang inovatif.

Latihan pengendalian mesin diberikan oleh pihak pembekal. Jika mesin mengalami kerosakan, pihak
Zul Design Autotronic sendiri akan datang ke premis untuk memberi bantuan teknikal. Dengan
rekabentuk yang mudah, mesin ini mudah diselenggara dan barang-barang ganti mudah didapati di
semua kedai. Setiap proses ditunjangi dengan motor yang berlainan. Ini bagi mengelak kos
pembaikan yang tinggi. Jika sekiranya salah satu motor rosak, ianya hanya perlu diganti dan ianya
mudah didapati di kedai-kedai alat ganti di seluruh negara.

Memandangkan mesin ini di buat oleh Zul Design Autotronic, ianya murah jika di bandingkan dengan
harga pasaran. Matlamat Zul Design Autotronic yang ingin membantu pengusaha-pengusaha
bumiputera, tidak meletakkan keuntungan sebagai matlamat utama.

Kapasiti Dan Pengeluaran
Kapasiti sekarang pengusaha hanya dapat mengeluarkan produk sebanyak 100 kg sehari. Kapasiti
pengeluaran untuk mesin baru pula dijangka dapat mengeluarkan 100 kg dalam masa satu jam.
Kesimpulannya secara purata, dalam masa sehari dengan penggunaan mesin baru, produk dapat
dikeluarkan sebanyak 1 tan sehari.

Sememangnya Snek Ria Food Industries ingin mencapai pengeluaran 1 tan sehari. Syarikat yakin
dengan keadaan pasaran yang begitu menggalakkan.

Proses Pengeluaran
Carta Aliran Pengeluaran ‘Prawn Fingers’






Kawalan Mutu

Setiap kali proses pengeluaran dilakukan, pengusaha memastikan kebersihan mesin. Mesin akan
dibasuh selepas setiap kali habis proses pengeluaran untuk hari tersebut.
Memandangkan resipi ini tidak mengunakan bahan pengawet untuk memanjangkan jangka hayat
produk, pengusaha menggunakan kaedah vakum iaitu penyedutan udara keluar daripada plastik
pembungkusan.

Plastik pembungkusan dari jenis O.P.P yang mempunyai kualiti terbaik untuk menjamin ketahanan
produk dan tidak menghilangkan aroma Prawn Fingers tersebut.
Bahan-bahan terbuang seperti minyak masak yang telah di gunapakai, ianya tidak akan dibuang
terus ke dalam longkang. Snek Ria Food Industries telah memasang alat untuk memerangkap minyak
untuk menjamin kebersihan premis pengeluaran dan disekitarnya.

PELAN PEMASARAN

Strategi pemasaran SNEK RIA FOOD INDUSTRIES adalah mengkaji dan peka terhadap segala
keperluan pemborong-pemborong di sekitar Lembah Kelang. Dalam pada masa yang sama, syarikat
turut memasarkan sendiri produk di sekitar 10 kilometer dari kawasan pengeluaran iaitu di sekitar
pasar-pasar malam.

Pasaran SNEK RIA FOOD INDUSTRIES terbahagi kepada 2 pasaran. Ianya meliputi pasaran runcit dan
borong. Pengguna utama produk ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Pendekatan yang diambil adalah seperti:

a. Jualan Runcit:
Menjual produk secara runcit di pasar-pasar malam di sekitar Kuala Lumpur.
Setiap hari produk di jual di 2 buah tapak pasar malam. Jadi dalam seminggu
pihak syarikat menjual di 14 tempat yang berasingan.

b. Jualan Borong:
Menjual secara borong di kedai-kedai sekitar Chow Kit. Pihak syarikat
sebelum ini telah mendapat tempat untuk membekal produk ‘Prawn
Fingers’ di Mydin, Jalan Masjid India. Tapi ianya telah dihentikan
memandangkan pihak syarikat tidak dapat membekalkannya secara
konsisten memandangkan pengeluaran yang terhad. Dengan adanya mesin
baru ini, pengeluaran yang konsisten dapat dikeluarkan dan boleh mendapat
tempat di Mydin.

c. Jualan Ejen
Penjualan dilakukan melalui ejen-ejen yang dilantik dengan memberi
komisen pada setiap jualan.
Pada masa lalu, pihak syarikat berkeupayaan mengeluarkan sebanyak 10 tan produk prawn fingers
pada setiap musim perayaan hari raya puasa, bagi memenuhi permintaan pelanggan. Semua ini
dikeluarkan dengan proses manual yang memenatkan. Dengan adanya mesin ini proses pengeluaran
akan dapat dikeluarkan sebanyak lapan kali ganda.

Disamping itu pihak pengurusan syarikat akan memastikan semua kakitangan memberi komitmen
sepenuhnya dalam mencapai visi dan misi syarikat. Pihak syarikat akan memberi keutamaan kepada
sikap dan keselesaan pekerja pemprosesan supaya mereka mempunyai motivasi yang tinggi dalam
menjalankan tugas.

Strategi promosi produk, di setiap premis pasar malam, satu dulang sampel produk akan dibuka
untuk pengguna mencuba dahulu sebelum membelinya. Ini akan mengukuhkan lagi kepercayaan
pelanggan bahawa produk yang dihasilkan adalah amat bermutu.

Senarai Pelanggan sedia ada dan akan datang




RANCANGAN ORGANISASI

Visi. SNEK RIA FOOD INDUSTRIES menetapkan visi dan misi iaitu:
‘Menjadi pembekal snek ‘Prawn Fingers’ yang terbesar dan terkenal di kawasan Lembah Kelang’.
Misi.

‘Memproses snek mengikut kehendak dan selera pengguna’

ORGANISASI SYARIKAT

Syarikat diterajui oleh seorang pengurus besar dan 2 pegawai dengan dibantu seramai 4 kakitangan.
Carta organisasi seperti di Rajah 1.


Nama Dan Latar Belakang Kakitangan Utama Syarikat
Nama : Berahim
Umur : 36 tahun
Kelulusan : SPM
Jawatan Dalam Syarikat : Pegawai Pemasaran

Nama : Mohd Hazil Izzuan Bin Md Rasib
Umur : 26 tahun
Kelulusan : Diploma Pemasaran UiTM
Pengalaman Kerja : Kedai Runcit – 2 tahun
Esse Management Services – 1 tahun
Jawatan Dalam Syarikat : Pengurus Pemasaran


PENYATA AKAUN TERKINI

SNEK RIA FOOD INDUSTRIES
PENYATA PENGILANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2007



PENYATA AKAUN TERKINI
SNEK RIA FOOD INDUSTRIES
PENYATA PENDAPATAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2007

PENYATA AKAUN TERKINI
SNEK RIA FOOD INDUSTRIES
PENYATA KUNCI KIRA-KIRA
PADA 31 DISEMBER 2007


PELAN KEWANGAN
Kos Projek dan Sumber Pembiayaan


PERINCIAN ALIRAN KEWANGAN 3 TAHUN


Kos Barang Dijual

Perbelanjaan Pengurusan Tahunan


Cadangan Pembayaran Balik Pinjaman
BAYARAN BALIK PINJAM AN MARA





SNEK RIA FOOD INDUSTRIES
UNJURAN PENYATA PENGILANGAN BAGI 3 TAHUN


SNEK RIA FOOD INDUSTRIES
UNJURAN PENYATA PENDAPATAN BAGI 3 TAHUN



SNEK RIA FOOD INDUSTRIES
UNJURAN 3 TAHUN PENYATA KUNCI KIRA-KIRA



KESIMPULAN
Berdasarkan faKtor-faktor yang telah dinyatakan dalam rancangan perniagaan ini, dapat dirumuskan
bahawa perniagaan pemprosesan makan ringan ‘Prawn Fingers’ mampu memberi pulangan yang
lumayan dalam jangka masa panjang.

Keuntungan syarikat dapat dilihat meningkat secara dinamik dari masa ke semasa. Pihak SNEK RIA
FOOD INDUSTRIES amat berkeyakinan penuh pihak MARA dapat meluluskan permohonan
pembiayaan kewangan berjumlah RM 150,000 bagi menjayakan perniagaan ini
SNEK RIA FOOD INDUSTRIES RANCANGAN PERNIAGAAN



* disediakan oleh : WAN NORSYAMIMI WAN MUDA
dipetik dari : http://janacash.com

 

Sample text

Sample Text

Sample Text